Tuesday, 28 February 2012

Cerita tentang Baby Rabbitku yang hilang dan Fakta

"Pa,anak rabbit nih mane???"

Pagi2 lagi aku dh dikejutkan dengan persoalan ngeri nih..wife aku bagitau yang baby rabbit aku 2 ekor dh hilang..baby rabbit yang berusia 9hari yang baru nk belajar buka mata dan meneroka dunia dah lesap dari sangkar..anak rabbit yang aku bersusah payah pegang ibunya Si Kuning, untuk beri susu pada baby rabbit tuh,yang aku beri minum guna syringe(alat suntikan yg biase beri pada kanak2@baby)..

Sedih sebab tak tau kemana hilangnya,dan sedih sebab tak sempat bergambar dengan baby tuh..Ini adalah antara baby yg berjaya aku jaga semenjak aku mula cuba2 menternak rabbit nih..yang sebelum2 nih,paling lama pun seminggu jer hidup selepas ibunya taknak susukan..Pada penternak rabbit yang baru mula cuba2 menternak,ini adalh masalah yang biasenye mereka alami..

Ini adalah antara tips yang boleh aku kongsikan dengan pembaca semua,jika ibu rabbit taknak susukan baby dia..biasanya berlaku pada ibu rabbit yang xpernah melahirkan anak(anak sulung)..kali pertama rabbit aku beranak,aku ingatkan ibunya akan pandai dengan sendirinya susukan babynya,tapi sangkaan aku meleset..setelah dua hari,aku tengok baby rabbit menjadi makin kurus,dan xbermaya..kesilapan yang amat aku sesalkan walaupun ianya bukan manusia,tapi ianya tetap makhluk bernyawa yang dianugerahkan padaku..aku buka blog penjagaan rabbit,dan aku cuba beri air rebusan beras seperti yang diajar..namun baby rabbit tak mampu bertahan lama.

kali kedua rabbit aku beranak,aku nekad untuk memberi baby rabbit susu ibu sepenuhnya,aku beranikan diri memegang Si Kuning,aku tidurkan sambil mengulit dan mengelus bulunya..Si Kuning agak meronta2 tapi berjaya di tenangkan..then now baru aku tau,rabbit tak suka dibaringkan mase menyusu!!!!setelah beberapa kali diajar,akhirnya Si Kuning sudah pandai menyusukan anaknya..namun kegembiraan hanya mampu bertahan untuk 9hari..

Baby Rabbit Aku hilang!!!!!
 New Born Baby Rabbit

Fakta Rabbit bunting(mengandung)
Kebiasaannya,rabbit bunting untuk jangkamasa 28 hingga 32 hari selepas mengawan..Saiz dan bilangan anak rabbit bergantung pada jenis rabbit,tapi kebiasaannya dalah antara 6 hingga 12 ekor untuk seekor ibu.Sebelum melahirkan anak,ibu rabbit akan mencabut sedikit bulunya untuk persediaan sarang bila melahirkan anaknya.Tidak digalakkan mencampurkan rabbit betina secara banyak didalam satu sangkar,kerana takut berlaku false delivery,dimana kebiasaan rabbit betina akan memanjat betina yang lain seakan2 mengawan..Untuk proses selamat,2minggu sebelum proses mengawan,diasingkan rabbit betina dari yang lain. Kotak Beranak harus disediakan dan diletakkan didalam sangkar seawal 28hari bunting..Jika diletakkan carikkan surat khabar lama atau kertas,jangan terkejut jika si ibu rabbit akan mengoyak2kan nya..sesetengah ibu rabbit juga akan mengeluarkan kertas atau rumput kering,dan menyusun semula satu persatu!!!
 Contoh Kotak Beranak

Dibawah aku senaraikan beberapa Fakta tentang Ibu baru Beranak dan anaknya..
  • walaupun rabbit membuat sarang,rabbit bukan seperti ayam dan selepas menyiapkannya,rabbit takkan duduk didalamnya.rabbit juga takkan beada di sarang atau berhampiran selepas anak rabbit dilahirkan. Ini akan menarik perhatian pemangsa.biasanya baby rabbit akan menyorok dsehingga kedasar sarang,sehingga ibu rabbit mengejutkan mereka untuk menyusu.
  •  Amat jarang ibu rabbit menyusukan anak mereka sejurus selepas melahirkan,kebiasaannya ibu rabbit akan susukan babynya pada waktu mala selepas melahirkan babynya.Khasiat susu ibu rabbit yang tinggu mampu mengenyangkan baby rabbit sehingga 24jam!!!waktu paling disukai adalah pada tengah
    malam sehingga jam 5pagi..

  • Ibu rabbit takkan berbaring didalam sarangnya,tidak seperti kucing,tetapi akan berdiri diatas anaknya samasa proses menyusu.Bagaimanapun ibu rabbit akan memjilatperut dan punggung anaknya untuk membersihkan dan merangsang anaknya seperti kucing..Jika siibu tidak melakukan ini,kita boleh melakukan sendiri dengan menggunakan cotton-ball yang dibasahkan dengan air suam,dengan menyapu secara lembut bermula dari dada sehingga ke punggung baby..
  • Jika merasa sangsi samaada si ibu menyusukan babynya atau tidak,kita boleh memeriksa anaknya pada pagi hari,dengam memegang baby rabbit tersebut,mereka akan terasa suam2 panas(WARM) dan perut agak membulat..kita juga boleh menimbang berat baby rabbit untuk melihat pertambahan berat badannya..jikanberat badan bertambah(1/4 oz lebih kurang),baby itu telah disusukan..sebaik2nya direkodkan.
  • Kita boleh memegang baby rabbit walaupun ibunya tak mengenali kita..Arnab domestik agak kurang mengendahkan bau manusia.
  • Rabbit tidak gemar kepada cannibalisation,seperti sangkaan kita.Kebiasaannya,ibu rabbit hanya memakan anaknya yang disangka mati dengan niat untuk membersihkan kesilapanya.Pergerakan dan tangisan baby rabbit akan merangsang naluri keibuan ibunya.
  • Amat jarang ibu rabbit membiarkan anaknya,Ini hanya berlaku apabila ibu rabbit yang belum cukup umur melahirkan babynya,dimana ia belum bersedia dan menyiapkan sarangnya.Sistem penyusuan yang menghasilkan susu juga belum dipenuhi oleh susu.Kadangkala baby rabbit boleh disusukan dengan tangan oleh penjaga sehingga ibunya boleh ambil alih tugas menyusu.Peningkatan berat bergantung pada nutrisi makanan yang diberi.(jika terpaksa beri susu tangan,sila rujuk mukasurat 81 of the House Rabbit Handbook.)
  • Baby rabbit akan membuka matanya sekitar 10hari..Jika matanya belum terbuka sehingga hari ke12,bawa berjumpa dengan vet.Masa ini anda boleh meletakkan makanan seperti Hay dan Pellet yang kosong sebagai diet seharian.Jangan beri sayuran hijau lagi.Dalam mase 2-3 minggu,anak rabbit akan mula meneroka dunia baru mereka.. 

Friday, 24 February 2012

Facts tentang Rabbit

Arini aku nk cite tentang Rabbit,semua tau x tentang rabbit..

Meh aku google..(Sesudah diterjemah..)
  
  Rabbit atau Bunny atau Arnab dalam bahasa melayu nye adalah mamalia yg kecil,tergolong dalan keluarga Leporidae salah satu daripada jenis Lagomorpha,boleh dijumpai di beberapa tempat di dunia.Terdapat 8 perbezaan asas dalam keluarga  ini dikategori kan sebagai arnab, termasuklah European Rabbit (Oryctolagus cuniculus), Cottontail Rabbit (genus Sylvilagus; 13spesis), dan Amami Rabbit (Pentalagus furnessi), antara spesis yg kian pupus,terdapat di Amami Oshima,Jepun. Terdapat beberapa spesis arnab lain,ini termasuklah spesis Pikas dan Hares,menjadikan pelengkap bagi jenis Lagomorpha. yang jantan dipanggil Buck, yang betina dipanggil Doe, dan anaknya dipanggil kitten atau kit..

  Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.

Spesies arnab tertua yang dikenal pasti setakat ini berasal dari akhir zaman Eosen, pada sekitar 56 hingga 34 juta tahun dahulu, ketika famili arnab ini sudah berada di Amerika Utara dan Asia. Sepanjang perjalanan evolusinya, kelompok ini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berlari dan meloncat dengan pantas. Misalnya, Palaeolagus (Palaeolagus hidup pada zaman Oligosen iaitu sekitar 33-23 juta tahun dahulu), spesies arnab pupus dari epok Oligosen(suatu zaman pada skala waktu geologi yang berlangsung sekitar 34 hingga 23 juta tahun yang lalu) di Amerika Utara, mempunyai kaki belakang yang lebih pendek daripada arnab zaman sekarang (menandakan bahawa ia mungkin lebih pandai berlari daripada meloncat) tetapi selain itu sama sifatnya dengan arnab moden

 Rabbit
 Pikas
 Hares

Arnab mempunyai kadar pembiakan yang besar sekali. Musim membiak bagi kebanyakan arnab adalah 9 bulan, dari Februari hingga Oktober. Di Australia & New Zealand, musim membiak adalah dari akhir Julai hingga akhir Januari. Tempoh kebuntingan biasanya adalah 30 hari, ataupun lebih lama lagi bagi arnab dalam genus Lepus. Arnab biasanya boleh melahirkan 4 hingga 12 ekor anak, tetapi baka yang lebih besar mampu melahirkan banyak lagi arnab. Seekor anak arnab boleh bercerai susu sebaik mencecah umur 4 hingga 5 minggu. Ertinya, dalam satu musim, seekor ibu arnab boleh melahirkan sebanyak 800 anak, cucu dan cicit. Arnab betina sedia membiak pada usia sekitar enam bulan, dan arnab jantan pula sekitar tujuh bulan. Arnab mengambil masa yang sangat singkat untuk pikat-memikat dan mengawan, iaitu selama 30 hingga 40 saat. Kelakuan arnab ketika pikat-memikat melibatkan jilat-menjilat, hidu-menghidu, dan si jantan mengejar si betina. Arnab juga sering menyembur kencing sebagai kelakuan seksual. Arnab betina mungkin keguguran bulu bergumpal-gumpal sewaktu tempoh hamil.

Arnab juga terkenal sebagai haiwan belaan yang boleh tinggal dalam rumah. Arnab dalam rumah biasanya dikurung dalam petak atau sangkar, ataupun diletakkan dalam tempat yang selamat untuk berkeliaran atau bersenam, seperti ruang tamu. Arnab boleh dilatih untuk menggunakan kotak jerami (untuk membuang air) ataupun menyambut panggilan orang.  Arnab bela yg jinak yang tidak tinggal dalam rumah pula biasanya ditempatkan dalam sangkar di luar rumah. Ada arnab belaan yang tinggal dalam sangkar di luar pada waktu siang untuk mendapatkan udara segar dan cahaya matahari, kemudian dibawa masuk pada waktu malam. Arnab dalam genus Lepus jarang sekali dijadikan haiwan belaan.
Tak kira di dalam atau di luar, kurungan arnab biasanya dimeriahkan dengan alat-alat seperti para, terowong, bola, dan mainan. Arnab belaan juga diberikan ruang tambahan untuk bersenam, untuk meniru ruang terbuka yang direntasi oleh arnab liar. Petak bersenam juga digunakan sebagai tempat yang selamat untuk arnab berkeliaran.

Makanan arnab belaan biasanya terdiri daripada Rumput timothy yang tak terhingga, sedikit makanan biji, dan sedikit sayur-sayuran segar. Arnab memerlukan bekalan air segar yang bersih dan tak terbatas. Arnab ialah haiwan sosial yang boleh mencari teman dengan pelbagai jenis haiwan, termasuk manusia, arnab lain, Tikus Belanda ataupun kucing dan anjing. Sebagai haiwan mangsa, arnab merupakan haiwan yang sentiasa berjaga-jaga dan mudah terkejut. Tulang arnab rapuh sekali, khususnya di bahagian belakang, oleh itu arnab perlu didukung pada perut dan punggungnya apabila diangkat.

Oklah,itu jer yg mampu aku cari basic tentang arnab..
nnt lepas nih boleh la kalo nk tanye psl arnab yg lain,aku tolong carikkan..mgkin dgn olahan yg simple nih dapatlah korang tau sesuatu tentang haiwan yg comel nih..

Cabu si Buck dengan Putih dan Kuning si Does

Alkisah MyRabbitry Bermula..


   Pada suatu petang, Jumaat selepas raya Aidil Adha kalu xsilap aku, baru sampai rumah selepas seharian bekerja (yeke??), aku tengok dalam sangkar kucing aku ade seekor arnab berwarna putih bertompok2 coklat yang kemudiannya aku namakan si Putih.. rase pelik pulak siape plak yg letak arnab nih dlm sangkar kucing aku nih??aku tengok istri aku tersenyum di muka pintu..rase aku sblum nih aku xde la plak mengigau pegi beli rabbit kt kedai pet..huuhu..

  Nk dijadikan cerita,rabbit nih asalnye milik tuan jiran aku yg selang antara 10 rumah kot..kate nye terlepas waktu dia kurung mase balik kampung beraya korban. Okla,xdehal la..sebab waktu tu ponn aku xde sgt minat nk bela arnab nih,sebab aku tau,nnt susah payah bela tengok2 ade tuan yg mengaku rase sakit ati plakkan??bkn arnab aku pon..

  Esoknye hari sabtu,pg2 lg aku tengok kt tepi sangkat rabbit tuh ade sekor lg..mgkin kelaparan kot,sebab si putih tuh aku dh belikan mknan semalam..so aku pon dekat 15minit gakla nk tangkap dia..akhirnya dapat jugak dan aku namakannye si Kuning..Kenape arnab nih merayau2,tuan dier xnk ker??nnt kena langgar ngn keta ker,kejar ngn anjing ker,baham ngn kucing ker..sian pulak..Xpela sementara nih aku simpan dulu,tgu smpai tuan dia claim balik ler..kan??Aku suruh isteri aku telefon tuannya suruh ambil balik rabbit nye tapi,tuan die cakap dh xnk bela lg dh sbb dh lama bela (sblum tuan dia nih,adik dia jage,so dh 2tuan ler kirenye..) tapi xde nk branak2..

  2ari lpastuh kire isninla, sblum msuk kije syif mlm,petang tuh ujan renyai2..isteri aku menjerit panggil aku..dia cakap bawah keta aku ade sekor lg rabbit..saiznye kecik sikit..aku rase dekat 15x pusing kereta tuh,siap masuk pagar jiran la nk tangkap dia nih..agak ligat ler lari..aku pon bukannye brani sgt..krg rabbit nih bukat silat cakar alam karang,mau terlentang aku..haha..

  Akhirnya dapat jugak..dia nih rupenye jantan..aku beri nama si Cabu sebab warna cam klabu2 kuning gitu..
So,bermula lah kisah aku dengan rabbit aku yang 3ekor nih..tuan dia memang dh komfem xnk bela dah sebab siap anta makanan n nk bagi sangkar lg..haha..aku mintak nk beli (acah2je) tp dia xnk jual..just bagi je..haha.. Gambar kat atas tuh betul2 lepas aku tangkap si cabu..

  Masuk jer sarang tuh,terus buat projek usahasama dgn si putih n kuning..haha..Bermula la episod kelamkabut dalam hidup aku..nk aku sambung ker???len kali la aku citer,nih ujan lebat sgt,krg guruh ke kilat ker sambor lappy aku nih,sepatah haram xbole nk blogging..

Nnt aku bg info ckit pada kawan2,yg nk tau pasal rabbit nih yer..aku xbrani nk copy paste sbb xde keaslian..ni info yg aku google sdirik,cari dlm forum,website,mcm2 lgla..buku,ebook..kebanyakan bahasa inggeris,so aku olah balik ikut bahasa ibunda yg simple tp mudah faham,just untuk rabbittor,peminat rabbit sekalian..

Assalamualaikum..

Thursday, 23 February 2012




  Alhamdulillah,
  Segala pujian kehadrat illahi,dengan kurnianya dapat aku tubuhkan blog MyRabbitry ni setelah sekian lama tertangguh..
Blog ini dibuat adalah untuk memberi info terkini perjalanan MyRabbitry Farm,dan menjawab segala persoalan dari para pencinta rabbit..aku berdoa semoga mampu memberikan sepenuh masa dalam menulis dan menjawap segala permasalahan dikalangan blogger dan visitor..
segala update akan aku percepatkan,gambar2 terbaru..semoga info dan tips dapatlah dikongsi bersama2.
Semoga berjumpa lagi, I'll be writing as soon as possible..
Tq All,