Pagi2 lagi aku dh dikejutkan dengan persoalan ngeri nih..wife aku bagitau yang baby rabbit aku 2 ekor dh hilang..baby rabbit yang berusia 9hari yang baru nk belajar buka mata dan meneroka dunia dah lesap dari sangkar..anak rabbit yang aku bersusah payah pegang ibunya Si Kuning, untuk beri susu pada baby rabbit tuh,yang aku beri minum guna syringe(alat suntikan yg biase beri pada kanak2@baby)..
Sedih sebab tak tau kemana hilangnya,dan sedih sebab tak sempat bergambar dengan baby tuh..Ini adalah antara baby yg berjaya aku jaga semenjak aku mula cuba2 menternak rabbit nih..yang sebelum2 nih,paling lama pun seminggu jer hidup selepas ibunya taknak susukan..Pada penternak rabbit yang baru mula cuba2 menternak,ini adalh masalah yang biasenye mereka alami..
Ini adalah antara tips yang boleh aku kongsikan dengan pembaca semua,jika ibu rabbit taknak susukan baby dia..biasanya berlaku pada ibu rabbit yang xpernah melahirkan anak(anak sulung)..kali pertama rabbit aku beranak,aku ingatkan ibunya akan pandai dengan sendirinya susukan babynya,tapi sangkaan aku meleset..setelah dua hari,aku tengok baby rabbit menjadi makin kurus,dan xbermaya..kesilapan yang amat aku sesalkan walaupun ianya bukan manusia,tapi ianya tetap makhluk bernyawa yang dianugerahkan padaku..aku buka blog penjagaan rabbit,dan aku cuba beri air rebusan beras seperti yang diajar..namun baby rabbit tak mampu bertahan lama.
Baby Rabbit Aku hilang!!!!!
New Born Baby Rabbit
Kebiasaannya,rabbit bunting untuk jangkamasa 28 hingga 32 hari selepas mengawan..Saiz dan bilangan anak rabbit bergantung pada jenis rabbit,tapi kebiasaannya dalah antara 6 hingga 12 ekor untuk seekor ibu.Sebelum melahirkan anak,ibu rabbit akan mencabut sedikit bulunya untuk persediaan sarang bila melahirkan anaknya.Tidak digalakkan mencampurkan rabbit betina secara banyak didalam satu sangkar,kerana takut berlaku false delivery,dimana kebiasaan rabbit betina akan memanjat betina yang lain seakan2 mengawan..Untuk proses selamat,2minggu sebelum proses mengawan,diasingkan rabbit betina dari yang lain. Kotak Beranak harus disediakan dan diletakkan didalam sangkar seawal 28hari bunting..Jika diletakkan carikkan surat khabar lama atau kertas,jangan terkejut jika si ibu rabbit akan mengoyak2kan nya..sesetengah ibu rabbit juga akan mengeluarkan kertas atau rumput kering,dan menyusun semula satu persatu!!!
Contoh Kotak Beranak
Dibawah aku senaraikan beberapa Fakta tentang Ibu baru Beranak dan anaknya..
- walaupun rabbit membuat sarang,rabbit bukan seperti ayam dan selepas menyiapkannya,rabbit takkan duduk didalamnya.rabbit juga takkan beada di sarang atau berhampiran selepas anak rabbit dilahirkan. Ini akan menarik perhatian pemangsa.biasanya baby rabbit akan menyorok dsehingga kedasar sarang,sehingga ibu rabbit mengejutkan mereka untuk menyusu.
- Amat jarang ibu rabbit menyusukan anak mereka sejurus selepas melahirkan,kebiasaannya ibu rabbit akan susukan babynya pada waktu mala selepas melahirkan babynya.Khasiat susu ibu rabbit yang tinggu mampu mengenyangkan baby rabbit sehingga 24jam!!!waktu paling disukai adalah pada tengah
malam sehingga jam 5pagi..
Ibu rabbit takkan berbaring didalam sarangnya,tidak seperti kucing,tetapi akan berdiri diatas anaknya samasa proses menyusu.Bagaimanapun ibu rabbit akan memjilatperut dan punggung anaknya untuk membersihkan dan merangsang anaknya seperti kucing..Jika siibu tidak melakukan ini,kita boleh melakukan sendiri dengan menggunakan cotton-ball yang dibasahkan dengan air suam,dengan menyapu secara lembut bermula dari dada sehingga ke punggung baby..- Jika merasa sangsi samaada si ibu menyusukan babynya atau tidak,kita boleh memeriksa anaknya pada pagi hari,dengam memegang baby rabbit tersebut,mereka akan terasa suam2 panas(WARM) dan perut agak membulat..kita juga boleh menimbang berat baby rabbit untuk melihat pertambahan berat badannya..jikanberat badan bertambah(1/4 oz lebih kurang),baby itu telah disusukan..sebaik2nya direkodkan.
- Kita boleh memegang baby rabbit walaupun ibunya tak mengenali kita..Arnab domestik agak kurang mengendahkan bau manusia.
- Rabbit tidak gemar kepada cannibalisation,seperti sangkaan kita.Kebiasaannya,ibu rabbit hanya memakan anaknya yang disangka mati dengan niat untuk membersihkan kesilapanya.Pergerakan dan tangisan baby rabbit akan merangsang naluri keibuan ibunya.
- Amat jarang ibu rabbit membiarkan anaknya,Ini hanya berlaku apabila ibu rabbit yang belum cukup umur melahirkan babynya,dimana ia belum bersedia dan menyiapkan sarangnya.Sistem penyusuan yang menghasilkan susu juga belum dipenuhi oleh susu.Kadangkala baby rabbit boleh disusukan dengan tangan oleh penjaga sehingga ibunya boleh ambil alih tugas menyusu.Peningkatan berat bergantung pada nutrisi makanan yang diberi.(jika terpaksa beri susu tangan,sila rujuk mukasurat 81 of the House Rabbit Handbook.)
- Baby rabbit akan membuka matanya sekitar 10hari..Jika matanya belum terbuka sehingga hari ke12,bawa berjumpa dengan vet.Masa ini anda boleh meletakkan makanan seperti Hay dan Pellet yang kosong sebagai diet seharian.Jangan beri sayuran hijau lagi.Dalam mase 2-3 minggu,anak rabbit akan mula meneroka dunia baru mereka..
No comments:
Post a Comment