Arini aku nk cite tentang Rabbit,semua tau x tentang rabbit..
Meh aku google..(Sesudah diterjemah..)
Rabbit atau Bunny atau Arnab dalam bahasa melayu nye adalah mamalia yg kecil,tergolong dalan keluarga Leporidae salah satu daripada jenis Lagomorpha,boleh dijumpai di beberapa tempat di dunia.Terdapat 8 perbezaan asas dalam keluarga ini dikategori kan sebagai arnab, termasuklah European Rabbit (Oryctolagus cuniculus), Cottontail Rabbit (genus Sylvilagus; 13spesis), dan Amami Rabbit (Pentalagus furnessi), antara spesis yg kian pupus,terdapat di Amami Oshima,Jepun. Terdapat beberapa spesis arnab lain,ini termasuklah spesis Pikas dan Hares,menjadikan pelengkap bagi jenis Lagomorpha. yang jantan dipanggil Buck, yang betina dipanggil Doe, dan anaknya dipanggil kitten atau kit..
Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip
tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding
kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar
mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber
makanan kepada manusia.
Rabbit
Pikas
Hares
Arnab mempunyai kadar pembiakan yang besar sekali. Musim membiak bagi
kebanyakan arnab adalah 9 bulan, dari Februari hingga Oktober. Di
Australia & New Zealand, musim membiak adalah dari akhir Julai
hingga akhir Januari. Tempoh kebuntingan biasanya adalah 30 hari,
ataupun lebih lama lagi bagi arnab dalam genus Lepus. Arnab
biasanya boleh melahirkan 4 hingga 12 ekor anak, tetapi baka yang lebih
besar mampu melahirkan banyak lagi arnab. Seekor anak arnab boleh
bercerai susu sebaik mencecah umur 4 hingga 5 minggu. Ertinya, dalam
satu musim, seekor ibu arnab boleh melahirkan sebanyak 800 anak, cucu
dan cicit. Arnab betina sedia membiak pada usia sekitar enam bulan, dan
arnab jantan pula sekitar tujuh bulan. Arnab mengambil masa yang sangat
singkat untuk pikat-memikat dan mengawan, iaitu selama 30 hingga 40
saat. Kelakuan arnab ketika pikat-memikat melibatkan jilat-menjilat,
hidu-menghidu, dan si jantan mengejar si betina. Arnab juga sering
menyembur kencing sebagai kelakuan seksual. Arnab betina mungkin
keguguran bulu bergumpal-gumpal sewaktu tempoh hamil.
Arnab juga terkenal sebagai haiwan belaan yang boleh tinggal dalam
rumah. Arnab dalam rumah biasanya dikurung dalam petak atau sangkar,
ataupun diletakkan dalam tempat yang selamat untuk berkeliaran atau
bersenam, seperti ruang tamu. Arnab boleh dilatih untuk menggunakan
kotak jerami (untuk membuang air) ataupun menyambut panggilan orang. Arnab bela yg jinak
yang tidak tinggal dalam rumah pula biasanya ditempatkan dalam sangkar
di luar rumah. Ada arnab belaan yang tinggal dalam sangkar di luar pada
waktu siang untuk mendapatkan udara segar dan cahaya matahari, kemudian
dibawa masuk pada waktu malam. Arnab dalam genus Lepus jarang sekali dijadikan haiwan belaan.
Tak kira di dalam atau di luar, kurungan arnab biasanya dimeriahkan
dengan alat-alat seperti para, terowong, bola, dan mainan. Arnab belaan
juga diberikan ruang tambahan untuk bersenam, untuk meniru ruang terbuka
yang direntasi oleh arnab liar. Petak bersenam juga digunakan sebagai
tempat yang selamat untuk arnab berkeliaran.
Makanan arnab belaan biasanya terdiri daripada Rumput timothy
yang tak terhingga, sedikit makanan biji, dan sedikit sayur-sayuran
segar. Arnab memerlukan bekalan air segar yang bersih dan tak terbatas.
Arnab ialah haiwan sosial yang boleh mencari teman dengan pelbagai jenis
haiwan, termasuk manusia, arnab lain, Tikus Belanda ataupun kucing dan anjing. Sebagai haiwan mangsa, arnab
merupakan haiwan yang sentiasa berjaga-jaga dan mudah terkejut. Tulang
arnab rapuh sekali, khususnya di bahagian belakang, oleh itu arnab perlu
didukung pada perut dan punggungnya apabila diangkat.
Oklah,itu jer yg mampu aku cari basic tentang arnab..
nnt lepas nih boleh la kalo nk tanye psl arnab yg lain,aku tolong carikkan..mgkin dgn olahan yg simple nih dapatlah korang tau sesuatu tentang haiwan yg comel nih..
No comments:
Post a Comment