Monday, 26 March 2012

MyRabbitry Farm Litter Sale

Hi all,Aku ade 4 ekor Anak rabbit yang comel2 untuk di jual..memang gebu..kalo bole tak nak jual tapi sebab sangkar dah penuh..kena clear cepat..

 Anak rabbit nih beranak pada 20/02/2012..kira-kira sebulan jela umor dia nih..


warna choco with black layer..furball..
warna kelabu,bulu agak panjang..cuma xckup jd furball lg..haha
Warna choco dgn black layer,yg ni paling furball..geram betul!!


yang ni grey,tak tau nk kata teddy ker,lion ke..haha..sampai xnampak mata!!!
 Ape2 mesej jela kat aku..sementara ade lagi..

Hafidz Halim
MyRabbitry Farm
Bandar Baru Salak Tinggi,
Sepang, Selangor
019 321 4290

My Rabbitses..

Arini berkesempatan menulis lagi dalam blog lapuk nih..So sekarang MyRabbitry Farm dah makin besar,Si Putih dah Beranak,Si Kuning tunggu masa jer sebab last mating aritu aku set 28/2..

Semalam baru ambil baka baru, Doe Si Putih (Mix Anggora) dan Buck Si Grey (Teddybear+Lionhead)..Dengan Anaknya seramai 4ekor..Tapi sebab banyak sangat aku dh pon bercadang nak kurangkan Rabbit dengan just memberi secara percuma pada yang berminat..Target aku nk beri si cabu ngn si kuning..sebab mereka 2 ekor ni lah yang paling sihat..takkan aku nak bagi yang sakit plak..hehe..
Si Kuning yang Bunting
Si Cabu yang produktif..hehe


Si Putih ibu mithali..hehe
Selamat tinggal si Kuning ngn Si Cabu..Moga berseronok-seronok di rumah baru nanti..

Tuesday, 20 March 2012

Lawatan ke Ladang Arnab Manja

Musim cuti sekolah baru saja berakhir, kanak2 pakat pergi semula kesekolah selepas seminggu bersuka ria di rumah @ kampung..

Aku berkesempatan sekali lagi sempena cuti sekolah nih,untuk balik ke kampung isteri aku di Setiu, Terengganu..bermula dengan pemanduan yang agak memenatkan..kira2 6-7 jam memandu kereta ku,akhirnya sampailah ke destinasi..Percutian selama 4hari di setiu aku gunakan untuk berehat bersungguh2..yela,dah ari2 kije,sampai rase nak berenti kije pon ade..

Rabbit2 ku semua sudah aku siapkan,dan aku meminta tolong jiranku untuk tolong beri makan dan tambah air minuman..harap2 okla hendaknya..Selain balik kampung,aku ada tujuan tersembunyi..iaitu melawat ladang Arnab Manja yang kebetulan terletak di Alamat : Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, Besut, Terengganu kepunyaan En Azahani Salleh (zahar)..

Perusahan Arnab Manja secara tradisional tapi still mampu memberikan pulangan yang lumayan,semakin membakar semangat aku dalam usaha membuka Rabbitry sendiri.Bermula dengan beberapa ekor arnab sebagai hobi,kini beliau sudah mempunyai antara baka2 yang mahal dalam koleksinya, seperti Holland Lop, Angora, Teddy Bear, Woody dan pejantan REX..

Danish seronok melihat baby rabbit

Peluang melawat ladang Arnab Manja ini aku gunakan sepenuhnya menimba seberapa banyak info dan ilmu yang mampu kotak hitam aku serap.Selain itu aku turut membeli beberapa Watering Nipple untuk rabbit ku.

 Promosi nipple arnab dari Arnab Manja..Mudah,Murah,tak bocor..Berbaloi2..
Kalau berminat boleh hubungi En Zahar -0199460478

Setelah beberapa jam berkongsi idea dan pendapat,aku meminta izin untuk beransur pulang dan bercadang untuk kembali ke ladang Arnab Manja semula jika ku pulang ke kampung.

 Baby rabbit berusia 9hari..comel sangat!!!!




Baby rabbit nih dh berusia sebulan..semua dh ditempah oleh seseorang.

Ok,itu jela yang dapat aku kongsikan bersama pembaca semua,andai ada,persoalan,boleh tanya..InsyaAllah aku cuba jawab or selesaikan..haha..Target lepas nih nk pergi kursus asas penternakan arnab komersial..nantikan ye..

Monday, 12 March 2012

Alhamdulillah..

Dah lama tak jengok blog nih..agak sibuk dengan kerja dan macam2 hal lagi..si putih ngan si kuning makin sihat,setelah diberi vitamin,bulu makin cantik dan mata makin galak..si cabu still menten cool..haha..

Proses "Mating" si putih n si kuning aku dah lakukan pada 24/2 n 28/2 aritu..n aku selangkan setiap seminggu..proses pula aku beri selama setengah jam hingga sejam,selang dua hari setiap seekor..harap2 lepasnih baby rabbit yang kuar lebih banyak dan sihat..
 
Pemasangan jaring mata halus pada sangkar dah aku siapkan..Jaring pada skala 1inci x 1/2 inci aku gunakan pada bahagian bawah,so anak rabbit takde lah lolos lagi..yang tinggal proses membuat kotak beranak yang agak tinggi dan kukuh,so anak rabbit yang betul2 dah kuat jer baru lepas nk kluar..Perancangan awal aku bercadang menggunakan papan dan playwood,dan bahagian bawahnya aku ingin letakkan jaring plastik bermata halus(biasenye digunakan untuk penetasan anak ikan)..ini sebab aku taknak ibunya terkencing kat dalam tuh dan anaknye kebasahan..

Tarikh jangkaan untuk si kuning beranak adalah pada 25/3 ini, dan si putih pada 29/3..so,agak2 lepas anak si kuning dh pandai menyusu sendiri,aku ada mase untuk anak si putih pula..dan perancangan selepas ini aku ingin masukkan pula baka anggora dan teddybear atau lion head..

Misi menyiapkan ladang berskala besar masih dalam perancangan,segala kajian masih perlu diteliti dn diperkemaskan lagi,survey harga barang dan kira2 belum muktamad..tanah dah ada,tunggu pelabur yang betul2 serius ingin berkongsi..dah hampir setaun menternak secara kecil2an,aku agak yakin..segala info dah disimpan,yang tinggal cuma lawatan ke ladang2 yang lebih lama,serap segala ilmu dan tips..

Humm..doakan semoga MyRabbitry Farm berjaya suatu hari nanti..