Alhamdulillah..
Dah lama tak jengok blog nih..agak sibuk dengan kerja dan macam2 hal lagi..si putih ngan si kuning makin sihat,setelah diberi vitamin,bulu makin cantik dan mata makin galak..si cabu still menten cool..haha..
Proses "Mating" si putih n si kuning aku dah lakukan pada 24/2 n 28/2 aritu..n aku selangkan setiap seminggu..proses pula aku beri selama setengah jam hingga sejam,selang dua hari setiap seekor..harap2 lepasnih baby rabbit yang kuar lebih banyak dan sihat..
Pemasangan jaring mata halus pada sangkar dah aku siapkan..Jaring pada skala 1inci x 1/2 inci aku gunakan pada bahagian bawah,so anak rabbit takde lah lolos lagi..yang tinggal proses membuat kotak beranak yang agak tinggi dan kukuh,so anak rabbit yang betul2 dah kuat jer baru lepas nk kluar..Perancangan awal aku bercadang menggunakan papan dan playwood,dan bahagian bawahnya aku ingin letakkan jaring plastik bermata halus(biasenye digunakan untuk penetasan anak ikan)..ini sebab aku taknak ibunya terkencing kat dalam tuh dan anaknye kebasahan..
Tarikh jangkaan untuk si kuning beranak adalah pada 25/3 ini, dan si putih pada 29/3..so,agak2 lepas anak si kuning dh pandai menyusu sendiri,aku ada mase untuk anak si putih pula..dan perancangan selepas ini aku ingin masukkan pula baka anggora dan teddybear atau lion head..
Misi menyiapkan ladang berskala besar masih dalam perancangan,segala kajian masih perlu diteliti dn diperkemaskan lagi,survey harga barang dan kira2 belum muktamad..tanah dah ada,tunggu pelabur yang betul2 serius ingin berkongsi..dah hampir setaun menternak secara kecil2an,aku agak yakin..segala info dah disimpan,yang tinggal cuma lawatan ke ladang2 yang lebih lama,serap segala ilmu dan tips..
Humm..doakan semoga MyRabbitry Farm berjaya suatu hari nanti..
No comments:
Post a Comment