Tuesday, 20 March 2012

Lawatan ke Ladang Arnab Manja

Musim cuti sekolah baru saja berakhir, kanak2 pakat pergi semula kesekolah selepas seminggu bersuka ria di rumah @ kampung..

Aku berkesempatan sekali lagi sempena cuti sekolah nih,untuk balik ke kampung isteri aku di Setiu, Terengganu..bermula dengan pemanduan yang agak memenatkan..kira2 6-7 jam memandu kereta ku,akhirnya sampailah ke destinasi..Percutian selama 4hari di setiu aku gunakan untuk berehat bersungguh2..yela,dah ari2 kije,sampai rase nak berenti kije pon ade..

Rabbit2 ku semua sudah aku siapkan,dan aku meminta tolong jiranku untuk tolong beri makan dan tambah air minuman..harap2 okla hendaknya..Selain balik kampung,aku ada tujuan tersembunyi..iaitu melawat ladang Arnab Manja yang kebetulan terletak di Alamat : Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, Besut, Terengganu kepunyaan En Azahani Salleh (zahar)..

Perusahan Arnab Manja secara tradisional tapi still mampu memberikan pulangan yang lumayan,semakin membakar semangat aku dalam usaha membuka Rabbitry sendiri.Bermula dengan beberapa ekor arnab sebagai hobi,kini beliau sudah mempunyai antara baka2 yang mahal dalam koleksinya, seperti Holland Lop, Angora, Teddy Bear, Woody dan pejantan REX..

Danish seronok melihat baby rabbit

Peluang melawat ladang Arnab Manja ini aku gunakan sepenuhnya menimba seberapa banyak info dan ilmu yang mampu kotak hitam aku serap.Selain itu aku turut membeli beberapa Watering Nipple untuk rabbit ku.

 Promosi nipple arnab dari Arnab Manja..Mudah,Murah,tak bocor..Berbaloi2..
Kalau berminat boleh hubungi En Zahar -0199460478

Setelah beberapa jam berkongsi idea dan pendapat,aku meminta izin untuk beransur pulang dan bercadang untuk kembali ke ladang Arnab Manja semula jika ku pulang ke kampung.

 Baby rabbit berusia 9hari..comel sangat!!!!




Baby rabbit nih dh berusia sebulan..semua dh ditempah oleh seseorang.

Ok,itu jela yang dapat aku kongsikan bersama pembaca semua,andai ada,persoalan,boleh tanya..InsyaAllah aku cuba jawab or selesaikan..haha..Target lepas nih nk pergi kursus asas penternakan arnab komersial..nantikan ye..

No comments:

Post a Comment